JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com

SMCCI Office

New SMCCI Address:

15 Jalan Pinang,
Singapore 199147

Our contact details remain unchanged. The Secretariat office is on the second floor while the Certificate of Origin endorsement counter is located on the first floor.

Young Entrepreneur

Women Entrepreneur

EDC@SMCCI

Home
Events June to July 2009 PDF Print E-mail
Tuesday, 02 June 2009

June 2009

9th June:
SMCCI Charity Golf 2009

12th June:
Capacity Building Programme Series: Top 5 Business Moves By
Successful Businesses;
How Malay / Muslim Businesses Can Learn From Others To Be
More Competitive And Successful;
Doing International Business Series: Brunei.

20th June:
Beauty World, Wellness & Spas Middle East, UAE, Dubai.

26th June:
SMCCI 50th Annual General Meeting 2009.

July 2009

15th to 22nd July:
SMCCI Trade Mission to Uzbekistan (Bukhara, Samarkand, Tashkent).

24th to 26th July:
Jalan-Jalan @ Kampong Glam

30th July to 2nd August:
International Halal Expo, Brunei

Last Updated ( Thursday, 02 July 2009 )
 
Peluang Tebarkan Sayap Niaga Ke Luar Negara PDF Print E-mail
Tuesday, 02 June 2009

Oleh
Atiyyah Mohd Said

SETELAH beberapa tahun cuba menembusi pasaran Indonesia untuk menawarkan khidmat pemasaran destinasi pelancongan, nampaknya kini timbul peluang cerah setelah Encik Haziq Mohamed ke Jawa Tengah.

Pemilik syarikat Stellar Consulting Group Pte Ltd itu yang menyediakan khidmat runding cara dan pemasaran destinasi pelancongan berpuas hati dengan keterbukaan yang ditunjukkan oleh agensi-agensi pelancongan terhadap khidmatnya.

Bagi Cik Sharifah Maznah Syed Omar, pemilik Second Charm Pte Ltd yang membaiki semula dan memperelok perabot antik terpakai, peluang bekerjasama dengan kilang-kilang perabot di Semarang mahupun Jawa Tengah sangat menggalakkan.

Apatah lagi, sebelum ini beliau belum pernah bekerja sama secara langsung dengan mana-mana kilang.

Mereka adalah antara sekitar 20 peniaga dari pelbagai industri yang menyertai rombongan misi perdagangan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) ke Jawa Tengah selama enam hari.

Ini merupakan hari kedua misi itu yang juga akan melawat Yogyakarta dan Solo di samping Semarang.

Para peniaga itu telah mengadakan lawatan ke kilang tekstil dan kilang jamu di Semarang semalam.

Seorang lagi peserta rombongan, pemilik Restoran Perdana Seafood, Cik Asiah Yusof, pula berkata antara bidang yang menarik minatnya ialah perdagangan.

'Saya yakin ada potensi mengimport barangan dari Semarang. Tetapi buat masa ini, saya masih lagi dalam proses mengkaji dan meneliti bidang dan pasaran perdagangan yang berpotensi di Jawa Tengah dan belum lagi memutuskan jenis dagangan yang boleh diterokai,' ujar beliau lagi.

Dr Iqbal K.M., Pengarah Urusan Alpha Centre Pte Ltd, ingin mempelbagai perniagaannya yang pada ketika ini tertumpu pada penjagaan kesihatan termasuk jagaan rambut sejak 15 tahun lalu. Beliau telah mengenal pasti beberapa potensi perniagaan di Jawa Tengah yang mungkin akan dimanfaatkan.

'Ini bukanlah perkara yang mudah dan kita harus membuat kajian yang terperinci terutama sekali dalam mengenal pasti jenis perniagaan yang diceburi.

'Tapi yang pasti, selepas dunia digoncang oleh krisis, saya rasa para peniaga yang terkesan akan mengambil langkah proaktif dan memikirkan cara-cara untuk menjana pendapatan tambahan selain mengembangkan saluran perniagaan mereka,' kata Dr Iqbal yang ingin memasuki bidang eksport tekstil dan pakaian pula.

 
Advertisement

Events Calendar

« < July 2009 > »
S M T W T F S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

SIHAS

IE Connect Portal

EnterpriseOne Portal

Quote of the Day

Free Joomla Templates